.:: Kata-kata Hikmah ::.

Saturday, March 31, 2007

.:: Sentuhan Sahabat yang Kuidami... ::. by little caliph



3 Tahun ku berhijrah di MATRI~
Irama-irama UKHWAH acap kali diperdengarkan...
Tali-tali silaturahim ditenun dalam kalangan rakan-rakan semadrasah...
tercantum menjadi permaidani anggun,
yang pertatahkan keImanan~
Alangkah Indahnya suasana ini...

Namun,

Kalbu ini begitu tersentuh~
Melihat teman-teman seperjuangan,
Berada disamping sahabat akrab mereka...
Dididik sebagai seorang mad'u oleh para Murabbi mereka...
Ku keseorangan tanpa sahabat, tanpa teman...
Hanya Tuhan yang mendampingi diri yang hina ini...



Apa Jiwa ini barangkali terlalu jiwang?
Apa mungkin kerana diri ini terlalu kesepian?
Manakah teman-temanku yang menggelarkan diri mereka sahabat?
Sepeninggalan aku ke United Kingdom~
Baru ku tahu erti SAHABAT~
SAHABAT tak mudah dijumpai~
Meskipun dalam satu gerakan~
Walaupun bersama dalam Tamrin dan Muqayyam~
Rakan ketawa boleh dicari,
Sahabat bersama ditangisi sukar dijumpai...
Hatta tangisan dan deraian air mata darah sekalipun,
Tidak akan kutahu apa akan jumpa SAHABAT yang dicari...

Sudah masuk 6 Bulan sudah cukup perit~
Dilanda godaan persetan dan nafsu~
Lemah sangatkah jiwa ini?
Kupinta nasihat, jawapan SIBUK yang diberi~
Kutanya khabar, hanya sepi sebagai balasan~
Kutawar bantuan, "TIDAK" yang dibalasi~

Apakah kepulanganku nanti akan disambut dengan masam raut muka?
Sudahlah 1 tahun diabai, nak harapkan Senyum?

Sudahlah diri~
Dunia ini bukanlah seindah yang disangka,
DUNIA ini lebih perit,
Lebih sepi dan menyedihkan,
Jangan terlalu mengharap~ Nanti diri akan bertambah kecewa~
Jangan terlalu meminta, Nanti diri terhina~
Tawakal-lah padaNya~
Nescaya, akan dibantu olehNya~



Wallahu'alam dan Wassalam...

by Little Caliph
http://little-caliph.blogspot.com

Thursday, March 29, 2007

.:: Album terbaru UNIC ::.

.:: Projek amal komuniti sahabat Hijjaz ::.

.:: Masa dari perspektif Islam ::.

.:: Suhaimi, jom pi lepak kat Pacific…cuti-cuti ni nak buat apa lagi…nak study..PMR dah abih… Itulah atara kata-kata kawan setaman saya pada suatu pagi. Maklumlah PMR pun dah habis… bagi kebanyakan muda-mudi, cuti skolah merupakan satu peluang untuk keemasan untuk enjoy terutamanya bagi student-student yang bari habis menduduki peperiksaan. Sepatutnya masa free seperti ini perlu dijadikan satu peluang untuk beribadath di samping melakukan aktiviti-aktiviti lain yang berfaedah.

.:: Kita sepatutnya sedar betapa pentingnya masa sehinggakan Allah S.W.T. bersumpah demi masa dalam firmanNya dalam Surah Al-Asr ayat 1 hingga 5 yang bermaksud :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran ” ( Al-Asr : ayat 1-5 )

Dalam ayat diatas, Allah S.W.T sudah mengingatkan kita bahawa manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian sekiranya mereka tidak tahu untuk mentadbir masa mereka dengan sebaiknya.

.:: Pada masa ini kita dapat lihat di merata-rata tempat terdapat pelbagi ragam manusia yang tidak tahu untuk mentadbir masa dengan sebaiknya. Ramai muda mudi yang kelihatan melepak di tepi jalan sambil mengganggu orang yang lalu-lalang. Ada juga yang menggunakan masa free ini untuk bercakap benda-benda yang tidak berfaedah. Bahkan tak kurang juga yang membuang masa ini dengan bergaduh, memaki hamun, menabur fitnah, berkhayal dan pelbagi lagi. Bukankah Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian untuk mengabdikan diri kepadanya sepertimana yang telah disebut di dalam firmannya yang bermaksud :

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”

( Adz-Zariyyat : ayat 56 )

.:: Apabila ditanya samada nak berjaya ataupun tidak., ramai yang jawab nak namun adakah utuk berjaya, seseorang itu perlu bijak mentadbir masanya ? Ya! Sebenarnya kejayaan mempunyai kaitan yang rapat dengan pengurusan masa. Kita sebagai hamba Allah sepatutnya sedar bahawa Allah dah bagi 24 jam kepada kita semua. Tidak ada yang mendapat lebih daripada 24 jam sehari mahupun kurang daripada tempoh itu. Namun, kenapa masih terdapat manusia yang mendapat kejayaan lebih daripada orang lain? Di samping kurniaan dan rahmat daripada Allah S.W.T., seseorang itu perlulah mempunyai pandangan dan penilaian yang tepat terhadap makna ‘masa’ itu sendiri.

.:: Al-Quran sendiri telah mengajak kita agar mempunyai pandangan ataupun tasawwur yang jelas mengenai hakikat masa. Masa adalah satu tempoh ataupun waktu yang telah dimanahkan oleh Allah S.W.T. kepada semua manusia. Namun, ramai orang tidak tahu untuk menghargai masa? Adakah kerana masa itu adalah satu benda yang tidak boleh dilihat? Mungkinkah kita sudah terdidik untuk memberi respons kepada kepada benda yang boleh dilihat sahaja? Namun itulah hakikat ataupun sunnatullah yang terdapat pada setiap diri manusia.

.:: Manusia yang berjaya di dunia akan mengaitkan masa dengan benda yang boleh dilihat dan boleh memberi keuntungan seperti perniagaan dan kemewahan. Atas dasar itulah terbitnya kata-kata hikmat ‘masa itu emas’. Perkara seperti ini dapat menimbulkan kesedaran kepada manusia untuk menguruskan masa dengan sebaiknya.

.:: Namun lebih baik sekiranya manusia itu dapat mengaitkan masa dengan kewujudan nilai yang ghaib seperti pahal dan dosa, syurga dan neraka dan pelbagai lagi. Orang sebegini akan mendapat akan rasa bahawa masa yang Allah bagi kepadnya adalah satu modal percuma dan dia perlu menjadi seorang pelabur dan pentadbir masa yang abik dan berjaya bukan sahaja di dunia bahkan juga dia akhirat.

.:: Sekiranya manusia melakukan misi ini dengan baik, Allah akan bayar pelaburannya itu dengan syurga dan segala jenis kenikmatan yang ada di akhirat. Rasulullah adalah contoh seorang pengurus masa yang paling berjaya. Baginda membahgikan masa dengan berkesan : masa berniaga, masa bermuamalah dengan orang ramai, masa berdakwah, masa berjihad, masa bersama keluarga serta isteri-isterinya dan baginda juga turut mempunyai masa yang secukupnya untuk berkomunikasi dengan Allah secar khusus.

.:: Marilah kita uruskan masa hidup kita sebijak Rasulullah S.A.W. Malah di masa tidur pun, masa lenanya itu mempunyai nilai dan ganjaran disisi Allah S.W.T.. Tidak seperti kita yang sukar untuk merasai bahawa waktu tidur kita itu masih ada hubungan dengan Allah (HDA) yang juga merupakan salah satu kod untuk mendapat keredhaanya dan adakah masa lena kita itu dikira disisi Allah S.W.T. Sedangkan Rasulullah juga diberi tempoh masa yang sama seperti orang lain iaitu selama 24 jam sehari.

.:: Lihatlah jam yang terpampang di dinding rumah kita, di tangan kita bahkan di komputer kita sebagi satu peringatan bahawa ia juga akan merekodkan ‘detik akhir’ jawatan kita sebagai seorang pentadbir atau pengurus masa dan juga ‘detik akhir’ hidup kita sebagai hambaNya yang hina dan banyak melakukan dosa.

.:: Hakikat da'wah dan tarbiyyah ::.

Dakwah adalah semulia-mulia amalan. Dakwah mensucikan diri kita sebagai seorang muslim / muslimah, mukmin / mukminah. Jadikanlah diri kita sebagai seorang da’ie tidak kiralah di bumi mana kita berpijak sekalipun. Berdakwahlah dengan hati yang dipenuhi rasa ‘athifah ( lemah lembut ) terhadap manusia. Dunia ini memerlukan seorang ‘athifah ( rujuk surah Al-Imran : 159 ) dan mungkinkah seorang da’ie mengajak orang lain tanpa menyentuh isi ‘athifah ini? Da’ie yang ikhlas yang mana merasai ‘athifah tidak akan mengalami kesulitan untuk memasukkan apa yang ada dalam hatinya ke dalam hati orang lain.

Inilah sebuah jalan yang sukar, pedih dan memenatkan. Namun ianya jalan yang selamat, indah dan luas yang pasti menggoda orang-orang yang beriman untuk menempuhnya. Di sepanjang jalan ini terdapat pelbagai ranjau dan duri dan kita harus peka dengannya. Barangsiapa yang menempuhi medan ini dengan syarat-syarat, pasti akan sampai ke destinasinya dengan aman, tenang dan menyenangkan.

Manhaj ini menetapkan kita berada bersama di mana-mana sahaja. Ikatan yang terjalin antara kita perlulah utuh. Kita sama-sama mempunyai perasaan yang halus dan jujur. Jiwa persaudaraan seorang da’ie perlulah benar-benar utuh dan hangat. Inilah bunga-bunga persaudaraan yang indah dan cukup umggul. Bunga ini tersemat dan tertanam kukuh dalam sanubari kita.

Maka, bangkitlah wahai saudaraku dalam memeperjuangkannya. Sesungguhnya Allah S.W.T. membeli orang-orang yang beriman dengan harta, masa, dan nyawa dalam memperjuangkan deenNya. Bunga itu benar-benar tertanam untukmu. Dedaunnya yang menghijau sentiasa memberi jaln kepadamu dan disirami dengan keimanan dan ketaqwaan. Bunga itu menenangkan dan memperingatkanmu bagiman menempuh jalan itu dengan baik, tersusun dan penuh kesabaran. Begitulah indahnya UKHWAH FILLAH…Wassalam…

.:: Detik berharga yang dilalui ::. by Abu Munzir

Setiap pagi matahari terbit sebagai tanda lahirnya hari yang baru untuk kita semua. Semua kita melalui fenomena pergantian malam dan siang sejak kita lahir hingga kini, tetapi berapa ramaikah di kalangan kita yang benar-benar memanfaatkan hari-hari dan malam-malam yang silih berganti.

Berapa ramaikah kita yang dapat menyelamatkan diri kita dari kerugian dunia lebih-lebih lagi kerugian di akhirat?

Seseorang itu akan kerugian dalam ertikata kerugian yang sebenar apabila saat berlalu, minit berlalu, jam berlalu sedangkan iman dan amal tidak bertambah. Ma’rifatullah tidak bertambah walaupun usianya bertambah. Ketaatannya tidak meningkat sedangkan masa yang berharga telah dilaluinya.

Wahai putera puteri harapan Islam!

Lihatlah detik-detik masa yang sangat berharga yang telah memintas kehidupan anda. Andakah berjalan proses iman yang membawa kepada pengukuhan ma’rifatullah. meningkat ketaatan kita kepada Allah SWT dan adakah mahabatullah telah meningkat. Tahun yang baru telah dilalui hampir sebulan berlalu, detik-detik kehidupan yang berharga telah terlepas begitu sahaja tanpa membawa peningkatan diri kita.

Alangkah meruginya hidup ini apabila ma’rifatullah tidak meningkatkan dengan masa yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Alangkah meruginya hidup ini apabila detik yang berharga tidak menambah ketaatan dan alangkah meruginya apabila detik masa yang berharga tidak meningkatkan kecintaan kita kepada Allah SWT.

Adakah detik masa yang berharga ini membawa peningkatan keimanan atau kemerosotan. Di sana tiada keadaan yang statik dalam terminologi proses peningkatan diri. Sama ada kita melalui peningkatan atau kita melalui kemerosotan.

Ibn Qayyim al Jauziyah telah menulis: “Sesungguhnya Allah menjadikan hati adalah untuk ma’rifatullah, mentaati-Nya dan mencintai-Nya. Sekiranya ketiga-tiga perkara ini tidak berlaku maka hati itu sebenarnya telah cacat”

Bagaimanakah keadaan hati kita? Di antara hakikat lalai yang paling membinasakan adalah lalai untuk meneliti hati sehingga hati yang segar bertukar menjadi gersang kemudian berpenyakit sehingga membawa kematian hati. Seandainya hati kita mati lantaran kelalaian kita, Ibn Qayyim mengatakan “Anda adalah seorang pembunuh!” Anda telah membunuh hati anda sendiri.

Kematian hati sememangnya biasanya tidak dirasai oleh pemilik hati kecuali mereka yang masih dikehendaki kebaikan oleh Allah SWT. Kematian hati tidak memberhentikan penambahan usia. Kehidupan zahir tetap berjalan cuma hati kita telah berhenti berfungsi. Inilah kematian sebelum ajalnya.

Wahai putera puteri harapan Islam!

Takutilah hari di mana anda kematian hati tetapi anda tidak menyedarinya. Jasad anda hanya ‘kubur’ yang menyimpan ‘hati yang telah mati itu’.

Takutilah pada hari anda mengangkat tangan anda tetapi Allah SWT tidak mahu memandang anda lagi!

Marilah kita teliti detik masa yang berharga yang kita lalui. Marilah kita teliti keadaan hati kita. Janganlah biarkan detik yang berharga ini berlalu tanpa membawa keberuntungan kepada kita.

by Abu Munzir
http://tinta-tarbawi.com/

.:: Memulakan Perjalanan Baru ::.by Abu Munzir

Salah perkara yang penting untuk diberikan perhatian yang serius adalah berhubungan dengan penyucian diri dan pembentukan diri menjadi mukmin. Kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat bergantung kepada usaha kita dalam menyucikan hati kita dan membentuk diri kita ke arah menjadi mukmin yang sebenar.

Allah SWT di dalam Al Qur’an, Surah asy Syams (91:9):
“Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu)”

Syakhsiyyah bukan sahaja jasad fizikal kita sahaja tetapi juga minda dan hati, perasaan dan sikap, akhlak dan perangai kita. Pembentukan dan pembangunan semua unsur ini akan membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Sekiranya seseorang berhajat kepada natijah keimanan yang mantap dan kebahagiaan yang hakiki, dia juga semesti berhajat kepada proses yang membawanya kepada natijah tersebut.

Sekiranya hajat kita untuk mardhatillah adalah sangat kuat maka sewajarnya hajat kita melalui proses yang membawa kita kepada mardhatillah ini semestinya sangat kuat juga. Kita tidak punya pilihan lain melalui proses ini dengan penuh kesungguhan dan kesabaran.

Bagi seorang mukmin, tujuan atau matlamat hidup yang teragung sekali adalah memperolehi mardhatillah atau keredhaan Allah SWT.

“Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” (Surah al Ankabut (29): 64)

Kita perlu memahami dan menyedari bahawa harga keredhaan Allah SWT itu mahal dan hanya diperolehi oleh mereka yang sanggup membayar harganya. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah Al Baqarah, ayat: 207:

“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya”

kebalikan mendapat syurga adalah dimasukkan ke dalam Jahannam dan menerima azab Allah di dalamnya. Oleh kerana itu kita juga meneliti punya dan kelayakan apa yang menyebabkan seseorang itu masuk neraka.

Jawapannya adalah neraka itu adalah tempat mereka yang mengabaikan hak-hak Allah atas diri mereka dan mengabaika pemprosesan hatinya untuk benar-benar beriman dan berkemampuan untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan iman dalam hidupnya di dunia.

Cita-cita yang paling tinggi perlu ada dalam jiwa adalah untuk mendapat syurga Allah dan seluruh potensi diri mestilah difokuskan untuk memenuhi kelayakan mendapat redha Allah SWT melalui proses tarbiyyah Islamiyyah yang berasaskan tarbiyyah keimanan.

Pemilihan akhirat dan syurga sebagai matlamat akhir yang sangat dihajati mestilah dibuat secara faham dan sedar dan menuntut kita untuk memutuskan hubungan hati kita dengan gaya hidup kita yang lalu. Kita perlu melakukan hijrah hati.

Kita perlu membuat keputusan sama ada kita benar-benar mahu menjadikan syurga sebagai matlamat hidup kita. Memilih matlamat ini bererti memilih cara hidup yang baru, cara hidup yang berteraskan ketaatan kepada Allah SWT dalam semua hal.

Oleh itu wahai putera-puteri yang dikasihi! Mulakanlah hijrah hati anda dengan mengambil wudhu’ dengan sebaik-baiknya dan tunaikanlah dua rakaat solat taubat. Setelah itu fikir-fikirkan bersungguh-sungguh detik-detik menggerunkan yang mendatang. Ingatlah azab neraka yang anda telah berazam untuk mengelakkannya. Ingatlah ketika malaikal maut datang kepada anda dan memberitahu bahawa “Masa anda telah tamat dan tibalah masa untuk nyawa berpisah dengan jasadmu”. Ingatlah azab neraka dengan buah zaqqum sebagai makanan yang memenuhi perut dan diberi air panas sebagai minuman. Itulah yang difirmankan Allah di dalam Surah Al Waqi’ah.
Berdoalah anda dengan sebenar-benar doa:
“Ya Allah! Hamba-Mu ini memohon keampunan-Mu dan apa jua yang membawa diriku hampir kepada keampunan-Mu, dalam bentuk perkataan mahupun perbuatan!

Ya Allah ! Hamba-Mu ini memohon sudi kiranya Engkau kurniakan kepadaku iman yang tidak akan lenyap; barakah yang tidak akan hilang; dan kenikmatan yang tidak akan pudar dan ku pohon dari-Mu kedudukan tinggi di syurga-Mu”

Kita menyedari bahawa memperbaiki tabiat dan tindak tanduk dalam hidup kita adalah satu proses yang akan kita lalui sepanjang hayat. Walau bagaimanapun hajat atau kehendak kita untuk mencapai hasilan ini mestilah sentiasa semarak dalam jiwa kita. Hajat ini akan menjadi momentum untuk memperolehi tujuan atau matlamat yang tinggi dan suci ini. (insyaAllah)

By Abu Munzir
http://tinta-tarbawi.com/

.:: Ukhwah Fillah ::.



Ini ana tujukan khas buat dua orang kawan baik ana time ana kat SMKA Al-Irshad dulu iaitu Faiz n Diniy... Buat Faiz, ana mintak maaf bebanyak coz selalu sakitkan hati ana...nta lah sahabat ana dikala ana susah n senang...student MATRI jangan jeles tau!!! Ketahuilah bahawa sesungguhnya kasih sayang kerana Allah x akan padam walau jasad dikandung tanah...

Ukhwah itu bukanlah terletak pada pertemuan,
juga bukan pada manisnya bicara,
tetapi ukhwah itu terletak pada ingatan seseorang
pada sahabtnya dalam doanya "
.:: Al-Ghazali ::.

.:: UHIBBUKA FILLAH ::.

Saturday, March 17, 2007

.:: Maafkan abi ::.

Jam sudahpun menunjukkan pukul 11.00 malam ketika Mansur duduk merebahkan diri di ruang tamu rumahnya. Dalam fikiran Mansur, tentu zaujah dan anaknya Mira sudah tidur nyenyak.

Tapi kenapa pintu bilik Mira masih terbuka? Mansur terpegun sebentar berdiri di depan pintu bilik Mira. Rupa-rupanya Mira tertidur di meja belajarnya. Di tangan kanannya masih memegang pensil seolah olah baru selesai menulis sesuatu di dalam diarinya dan di sisinya pula ada segelas kopi yang sudah pun sejuk.

Mansur terus mengangkat Mira ke tempat tidurnya. Selepas itu dia mengemas meja belajar Mira yang berselerakkan dengan buku buku. Sebelum Mansur menutup diari Mira, dia ingin melihat apa yang ditulis oleh Mira itu.

Mansur termenung sejenak bercampur sedih selepas membaca diari tersebut kerana apa yang tertulis di dalamnya, semua ceritanya berkisar tentang diri Mansur. Dan yang paling menyentuh hatinya ialah tulisan Mira di tiga lembaran terakhir diari itu.
Di lembaran pertama Mira menulis : "Hari ini Abi tidak jadi menemaniku ke Pesta Buku, mungkin Abi terlalu sibuk dengan pekerjaannya. Aku amat faham dengan kesibukanmu Abi."

Tiba-tiba Mansur teringat beberapa minggu yang lalu Mira memang ada mengajaknya ke Pesta Buku tersebut. Dia sendiri telah berjanji dengan Mira yang dia akan mengambil cuti untuk menemani Mira memandangkan sekarang ialah musim cuti sekolah penggal yang pertama.

“Abi, minggu depan ada apa apa program tak?” Mira bertanya sewaktu Mansur baru hendak melangkahkan kaki untuk ke pejabat pada pagi itu.

Mansur tidak menjawab pertanyaan Mira itu sebaliknya bertanya semula kepada anaknya itu, “Ada apa sayang?”

"Kalau Abi tak ada apa-apa, boleh tak Abi temankan Mira ke Pesta Buku minggu depan?" tanya Mira lagi.

"Insya-Allah Mira, kalau tak ada apa apa hal Abi akan ambil cuti tahunan Abi untuk temankan Mira, ok. ” Mansur memberikan jawapan seolah-olah sekadar untuk melegakan hati anaknya itu.

"Terima kasih, Abi," sambut Mira dengan wajah yang sangat gembira sambil mencium pipi Mansur.

Mansur hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya itu yang begitu manja dengannya.

Di lembaran kedua Mira menulis lagi :

"Hari ini sekali lagi Abi tidak jadi menemaniku ke kedai komputer, kerana aku hendak membeli dakwat printer aku yang sudah habis. Banyak projek sekolah aku yang mesti dihabiskan dalam masa beberapa hari ini. Sebenarnya aku sudahpun mengajak Ummi, tapi kan bagus kalau Abi dapat ikut sekali. Tapi..... lagi-lagi Abi sibuk".

Sekali lagi Mansur teringat yang anaknya itu memang pernah mengajaknya pergi ke kedai komputer itu bersama-sama Umminya.

Mansur sudah faham benar dengan kerenah Mira kalau hendakkan sesuatu mesti dia akan bertanya seperti ini, "Abi petang nanti sibuk tak atau Abi ada apa apa program tak petang nanti?"

Kata-kata lembut yang keluar dari mulut anaknya itu membuatkan Mansur tidak dapat memberikan jawapan ‘TIDAK’, walaupun kadang-kadang dia memang benar-benar sibuk.

Di lembaran terakhir Mira menulis : Hari ini dan untuk kesekian kalinya Abi telah mengecewakan aku lagi kerana masih tidak dapat menemaniku ke pasar malam di tempatku .

Pagi tadi aku mengajak Abi ke pasar malam di tempat kami kerana hari ini adalah hari terakhir pasar malam itu. Aku sudahpun berjanji dengan Pak Man, penjual anak patung di pasar malam tersebut, yang aku akan membeli anak patung yang ditawarkan petang tadi sewaktu Pak Man lalu depan rumahku. Aku katakan pada Pak Man yang malam ini aku akan pergi bersama Abi dan Ummi ke pasar malam dan aku akan membeli anak patung itu.

Tapi kerana Abi masih belum balik lagi tentu Pak Man sudah pun menjualnya pada orang lain.

Pak Man, maafkan Mira ye!. Besok pagi pagi Mira akan tunggu Pak Man depan rumah Mira dan minta maaf pada Pak Man kerana Mira tak dapat pergi ke pasar malam semalam.

Kali ini Mira yang akan minta maaf dulu sebab Mira yang berjanji, selalunya Pak Man yang terlebih dulu minta maaf bila Pak Man tengok Mira sudah menunggu di depan rumah menanti suratkhabar yang Mira pesan itu.

Pak Man selalu cakap, "Maafkan Pak Man, Mira. Hari ini Pak Man terlambat,” padahal sebenarnya Pak Man tak lambat pun cuma aku yang terlalu cepat menunggu.

“Pak Man tak mau kecewakan Mira kerana Mira sudah berpesan pada Pak Man yang kalau boleh hantar suratkhabar cepat-cepat sebelum Mira pergi ke sekolah. Cuba kalau betul-betul Pak Man lambat tentu Mira akan kecewa. Pak Man tak mau kecewakan harapan orang kerana memang susah untuk menyembuhkan hati orang yang kecewa kecuali kita minta maaf dengan tulus ikhlas pada orang yang telah kita kecewakan itu.”

Tiba-tiba aku teringatkan Abi. Aku amat sedih sekali kerana selama ini belum pernah sekali pun Abi minta maaf padaku, bila Abi tidak dapat melayan kehendakku kerana mungkin Abi menganggap yang anaknya ini masih kecil, tentu tak tau apa itu perasaan sedih, kecewa atau kecil hati.

Aaaaah....Aku tak nak bersangka buruk pada Abi walaupun sebenarnya aku sangat kecewa dengan sikap Abi tapi aku tidak ingin menyimpan kekecewaan itu di dalam hatiku. Bahkan hatiku selalu terbuka untuk memaafkan Abi.

Tiba tiba hati Mansur menjadi hiba dan sayu lalu dia menangis bila membaca tulisan Mira yang terakhir itu.

Mansur mendekati Mira, anaknya di tempat tidurnya. Dia merenung wajah Mira sambil mengusap usap rambutnya.

Dengan linangan air mata Mansur berbisik ke telinga Mira, “Mira anakku sayang, maafkan Abi nak, Mira memang mempunyai hati emas. Abi memang tidak pernah minta maaf pada Mira atas janji-janji yang tidak pernah Abi penuhi padamu, nak.

Dan Abi selalu menganggap yang Mira sudah melupakannya, sebab setiap pagi Abi tengok wajah Mira begitu ceria dan selalu tersenyum.”

“Tapi Abi silap, itu cuma lakonanmu semata dan yang pasti Mira masih tetap menyimpan dan masih mengingatinya dalam tulisan tulisanmu ini.”

“Entah sudah berapa banyak kekecewaan yang ada didalam hatimu nak, seandainya Mira masih lagi tidak dapat memaafkan Abi.”

“Abi akan menunggumu sampai esok pagi untuk meminta maaf padamu, Mira.......”

Zaujah = isteri
Abi = ayah
Ummi = ibu


Dipetik dari blogs http://anjangdahar.blogspot.com/

Monday, March 12, 2007

.:: Pandangan seorang da'ie ::.



.:: Kerehatan bagi seorang da'ie ialah keletihan dalam memperjuangkan deennya ::.

.:: Jihad kecil ::.




:: Peperiksaan merupakan satu jihad kecil di dunia, namun... manusia seringkali menganggap perkara ini sebagai stu perkara remeh temeh... bagaimanakah untuk berhadapan dengan jihad yang lebih besar?? Fikir-fikirkanlah... ::

.:: Banner aku ::.



.:: PeRiNtIs TaMaDuN kHaYrA 'uMmAh ::.

.:: Hakikat da'wah dan tarbiyah ::.

Dakwah adalah semulia-mulia amalan. Dakwah mensucikan diri kita sebagai seorang muslim / muslimah, mukmin / mukminah. Jadikanlah diri kita sebagai seorang da’ie tidak kiralah di bumi mana kita berpijak sekalipun. Berdakwahlah dengan hati yang dipenuhi rasa ‘athifah ( lemah lembut ) terhadap manusia. Dunia ini memerlukan seorang ‘athifah ( rujuk surah Al-Imran : 159 ) dan mungkinkah seorang da’ie mengajak orang lain tanpa menyentuh isi ‘athifah ini? Da’ie yang ikhlas yang mana merasai ‘athifah tidak akan mengalami kesulitan untuk memasukkan apa yang ada dalam hatinya ke dalam hati orang lain.

Inilah sebuah jalan yang sukar, pedih dan memenatkan. Namun ianya jalan yang selamat, indah dan luas yang pasti menggoda orang-orang yang beriman untuk menempuhnya. Di sepanjang jalan ini terdapat pelbagai ranjau dan duri dan kita harus peka dengannya. Barangsiapa yang menempuhi medan ini dengan syarat-syarat, pasti akan sampai ke destinasinya dengan aman, tenang dan menyenangkan.

Manhaj ini menetapkan kita berada bersama di mana-mana sahaja. Ikatan yang terjalin antara kita perlulah utuh. Kita sama-sama mempunyai perasaan yang halus dan jujur. Jiwa persaudaraan seorang da’ie perlulah benar-benar utuh dan hangat. Inilah bunga-bunga persaudaraan yang indah dan cukup umggul. Bunga ini tersemat dan tertanam kukuh dalam sanubari kita.

Maka, bangkitlah wahai saudaraku dalam memeperjuangkannya. Sesungguhnya Allah S.W.T. membeli orang-orang yang beriman dengan harta, masa, dan nyawa dalam memperjuangkan deenNya. Bunga itu benar-benar tertanam untukmu. Dedaunnya yang menghijau sentiasa memberi jaln kepadamu dan disirami dengan keimanan dan ketaqwaan. Bunga itu menenangkan dan memperingatkanmu bagiman menempuh jalan itu dengan baik, tersusun dan penuh kesabaran. Begitulah indahnya UKHWAH FILLAH…Wassalam…

Saturday, March 10, 2007

.:: Tika dan ketika ::.

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti
sia-sia... Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa
berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk
untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu
hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa
tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...sebenarnya
Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur... Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk
digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan
namamu.

Oleh itu ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau
berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu