.:: Kata-kata Hikmah ::.

Wednesday, April 25, 2007

.:: Ukhwah Fillah ::.


Faris Fitri,Afdholul Rahman, Siddiqi, Mujahid


Mujahid & Abdullah


Bersama sahabat-sahabatku pada hari terakhir PMR 2006

Saturday, April 7, 2007

.:: Company ana ::.



Assalamulaikum....
inSAFF merupakan company batch ana...majalah inSAFF yang pertama akan dikeluarkan dalam tempoh masa terdekat... Sesiapa yang berminat untuk mempunyai majalah ini bolehlah berjumpa dengan ana ataupun dapatkannya di gerai inSAFF Corp. time sambutan MATRI 2 dekad nanti ataupun tulih email untuk ana kat email rijal_daie306@yahoo.com ataupun broizzam@gmail.com

.:: 10 Muwasafat tarbiyah ::.



* Salimul ‘Aqidah
* Qawiyul Jismi
* Sahihul Ibadah
* Matinul Khuluq
* Mutsafaqul Fikri
* Munadzam fi Syu’unihi
* Haritsun ‘ala Waqtihi
* Nafi’un li Ghairihi
* Qadirun ‘ala Kasbi
* Mujahidun Linafsihi

.:: Islam sebagai Ad-Deen ::.



Islam bukan suatu Deen (peraturan hidup) yang wujud secara kebetulan tetapi adalah satu natijah (hasilan) dari satu Tarbiyyah (pendidikan). Hasil dari perancangan, perencanaan, pembentukan yang disususn dengan rapi dan berhati-hati melalui ransangan-ransangan dan bimbingan yang diransangkan, yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang Islam dalam pemikirannya, aqidahnya, akhlaqnya dan jiwanya dalam segala perbuatan dan tindakannya.

Dengan demikian segala perbuatan dan tindakan berfungsi sebagai ibadah dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Inilah dia pembentukan peribadi untuk melengkapi persediaan penerima Deen Islam keseluruhannya.

Islam adalah Deen (peraturan hidup) ciptaan Allah S.W.T. dan Allah S.W.T. beryanggungjawab ke atas kepentingan Islam dan pengawasannya juga berada dalam genggaman Allah S.W.T.. Oleh demikian mereka yang mengambil Allah S.W.T. sebagai Ilah dan Rabb tidak mempunyai jalan lain, mesti memikul amanah ini iaitu melahirkan Islam dalam bentuk praktik kehidupan manusia, meliputi apa yang berkaitan dengan kehidupan manusia samaada pemikiran sehinggalah pentadbiran bumi Allah S.W.T. mestilah berjalan sesuai dengan kehendak Allah S.W.T..

Jika amanah ini tidak diambil, tentulah ia bermaksud kita memperkecilkan suatu rahmat Allah S.W.T., Pemilik alam ini.

Dengan demikian pada masa yang sama kita menolak Allah S.W.T. sebagai Ilah. Kedudukan Allah S.W.T. sebagai Ilah itu telahpun berpindah kepada yang lain berkemungkinana hawa nafsu atau bentuk yang lain, hasilan daripada pemikiran atau perasaan yang ada pada kita yang didorong oleh syaitan dengan bantuan dari kuncu-kuncunya.

Ramai orang yang berpuas hati dengan mengaku yang mereka telah menganuti Islam, tetapi suatu persoalan yang kita perlu fikirkan ialah apakah telah memadai pengakuan tersebut sahaja? Jawabnya, bila kita menganut Din Islam adalah tidak cukup dengan pengakuan sahaja tanpa memenuhi tuntutan-tuntutannya.

.:: Ikhlas dalam amalan ::.

Sikap ikhlas melambangkan kesucian sesuatu kebajikan itu samada ianya ada hubungan dengan Allah SWT mahupun sesama manusia tanpa keikhlasan beramal bererti amal yang dilakukan tiada nilainya walaupun seberat timbangan sayap nyamuk sekalipun di sisi Allah SWT. Ini ditegaskan Allah SWT di dalm firmannya yang bermaksud:

" Mereka tidaklah diperintahkan melainkan beribadat kepadaNya dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadaNya." ( Al-Bayyinah: 5 )

Mengikhlaskan hati bukan saja terhad kepada beribadat kepada Allah SWT sahaja malahan juga dalam bertaubat kepadaNya. Kita dituntut untuk melakukannya dengan sebenar-bebar ikhlas, jika tidak sia-sialah amalan kita itu.

Justeru, sifat ikhlas merupakan kunci penerimaan amal yang bersih, suci dan tiada apa-apa kepentingan kerananya. Menurut istilah syariat pula, ikhlas merupakan sesuatu ibadat semata-mata untuk mengecapi mardhotilla. Inilah yang menepati niat, maksud atau motivasi pekerjaan yang dilakukan. Dalam hubungan ini, Rasulullah telah menjelaskan kepada kita dalam sabdanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat dan sesungguhnya setiap manusia itu mendapat akan sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya itu. barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan RasulNya.Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan." ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Oleh itu wahai pembaca semua, jelaslah bahawa niat itu merupakan penggerak atau penolak keimanan kita untuk melakukan sesuatu amalan. Sebagai seorang Da'ie dan khalifah di muka bumi ini, adakah kita mahu berdakwah secara negatif ataupun secara athifah ? Oleh itu,singkapkanlah kembali hati-hati kita yang kadangkala bertompok ini.

Akhir kata ana mengakhiri madah ini dengan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 112 yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah sedangkan dia berbuat baik, maka baginya ganjaran di sisi tuhannya, tiada ketakutan keatas mereka dan mereka tidak akan berdukacita."

Demikianlah jaminan dan janji Allah SWT yang pasti ditepatiNya terhadap orang-orang yang ikhlas dalam setiap saat hidupnya. Wassalam...

.:: Ciri-ciri sahabat yang soleh ::.



Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang mengenali diriku ini. Salam ukhwah ana utuskan buat kalian dan moga-moga ukhwah kita diredhai Allah SWT. Dalam kalam ini ingin sekali ku mencirikan keperibadian seorang sahabat yang soleh iaitu:

* Mendekatkan diri kita dengan Allah SWT

* Dakwah dan tarbiyah adalah jalan mereka

* Menjauhi kekerasan

* Beransur-ansur dalam memperbaiki diri

* Amali produktif dan menjauhi punca-punca perselisihan

* Elak diri daripada pengaruh jahiliyyah

*Tidak derhaka kepada ibubapa

* Cintai kecemerlangan dan tidak berbuat dosa besar

* Akhlak yang baik

* Tarbiyah sebagai ikutan

* Ibadahnya terjaga



Mungkin sukar untuk kita menemukan seorang sahabat yang benar-benar soleh dan sejati. Apapun berdoalah kepada Allah SWT agar Dia mengurniakan kita seorang sahabat yang dapat membimbing kita di dunia dan akhirat.

Wassalam......