.:: Kata-kata Hikmah ::.

Saturday, March 19, 2011

.:: Masalah Itu Rahmat?? ::.

Assalamu'alaikum wrt wbt..

Segala puji bg Allah penguasa alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat serta kaum-kaum muslimin dan muslimat..Alhamdulillah, saya telah diuji dengan 1 ujian yg teramat besar bg diri sy..terasa lemah sangat2..rasa tak mampu lagi utk berhadapan dengan semua org, kwn2, masyarakat, pensyarah dan penduduk Taman Pauh Jaya dan warga International Islamic University Malaysia..Namun Allah lebih mngetahui setiap sesuatu yg terjadi..Ditakdirkn, bapa saya mencadangkan kpd saya utk baca artikel nih dan Alhamdulillah kini saya sedar bahawa setiap yg terjadi ada rahmat nya..di sini saya share artikel dari blog Kelana Minda ANA.. Mudah-mudahan kita semua mendapat ilmu dan input yg bermanfaat..


Assalamualaikum wrt wbt

Para Jemaah Usahawan ANA yang disegani,

Memang sebenarnya masalah itu adalah satu bentuk rahmat. Kerana hadirnya masalah itu sebagai satu petanda dan peringatan agar kita segera mengubah diri kita, perlakuan kita atau tindakan kita. Ia ibarat satu tanda persimpangan di perjalanan yang menunjukkan kita ke arah kebenaran dan kejayaan.

Adakah ini bermaksud kita perlu mendoakan untuk mendapat masalah??

Jangan ekstrem dalam berpegang kepada apa-apa idea sekalipun! Hakikatnya, untuk menerima masalah sebagai rahmat menuntut kita mempunyai mind set yang betul, iaitu kita perlu sentiasa mencari-cari kebenaran, iktibar dan panduan dalam setiap apa yang berlaku, sama ada yang baik atau buruk.

Kita mengingati sebuah hadis Rasulullah S.A.W mafhumnya : Sungguh menakjubkan untuk orang Mukmin, sesungguhnya semua keadaan adalah baik baginya; jika dia mendapat rahmat, lalu dia bersyukur maka itu adalah baik baginya, dan apabila dia ditimpa kesempitan, dia bersabar atasnya, dan itu juga adalah baik baginya.

Maka, masalah itu rahmat antaranya kerana :

Ia adalah isyarat untuk kita membetulkan diri dan tindakan kita
Jika kita peka kepada keadaan kita akan sempat membetulkan diri jika kita ditimpa masalah. Masalah ini biasanya bermula dengan kecil dan jika kita peka dengan keadaan, kita dapat membetulkan kesilapan kita sebelum ditimpa kegagalan yang lebih besar.

Masalah adalah peluang untuk kita mendapat kebaikan
Seperti mana yang disabda oleh Rasulullah, apabila kita ditimpa musibah lalu kita bersabar ke atasnya maka itu sudah tentu memberi kebaikan kepada diri kita. Allah berfirman : Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.

Allah menunjukkan rasa kasih sayangNya dengan menguji hambaNya.
Kadang kala Allah menurunkan bala untuk menguji dan menaikkan taraf hambaNya. Juga, kesabaran hambaNya itu akan dibalas dengan pahala yang besar dan dikifarahkan sebahagian daripada dosa-dosanya yang kecil sekadar berat masalah yang menimpa itu.

Masalah merupakan ujian untuk menilai sejauh mana kita menghendaki dan menghargai sesuatu
Kita sering mendengar daripada orang bahawa mereka nakkan sesuatu. Persoalannya adalah : Adakah mereka benar-benar mahukannya atau hanya sedap berkata-kata? Maka masalah adalah satu cara untuk kita menilai sejauh mana keazaman dan keinginan seseorang untuk mendapatkan sesuatu. Jika masalah kecil pun sudah cukup untuk menamatkan usahanya, jelas dia sebenarnya tidaklah berminat sangat dengan perkara yang hendak dicapai. Namun, jika tidak ada masalah yang terlalu besar atau tiada halangan dapat memberhentikan kita daripada mencapai apa yang dihajati, ini jelas menunjukkan bahawa kita mempunyai tahap komitmen yang tinggi untuk mendapatkan perkara tersebut.Maka sememangnya masalah itu adalah rahmat, dan kita sebagai orang Islam perlu sentiasa berfikir dan berzikir agar setiap kesilapan dan masalah itu menjadi batu loncatan untuk kita melonjakkan diri ke arah impian dan cita-cita kita...


Ihsan dari Kelana Minda ANA...