.:: Kata-kata Hikmah ::.

Sunday, November 1, 2009

.:: Perjalananku di Intenational Islamic University Malaysia ::.

Assalamu’alaikum buat semua pembaca. Alhamdulillah, aku kini berpeluang balik untuk mengedit blogku yang dah lama aku tak edit. Kalau tak silap la, last skali edit time sebelum Ramadhan lagi. Banyak benda yang hendak dikongsi tapi masa tak mengizinkan.

Tanggal 23 Oktober yang lepas merupakan satu detik yang tak dapat aku lupakan apabila aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ataupun lebih dikenali sebagai CFS (Centre of Foundation Studies) oleh student2 di sini. Pada keesokan harinya, aku telah mendaftar di Centre of Foundation Studies, International Islamic University Malaysia di Petaling Jaya. Aku hampir-hampir tidak percaya yang aku secara rasminya bergelar sebagai mahasiswa di universiti yang memang terkenal ini.

Selepas mendaftar, kami telah mengikuti program pengenalan selama 2 hari dan juga peperiksaan penentuan tahap kecekapan dan penentuan tempoh belajar kami di sini yang dikenali sebagai English Placement Test (EPT) dan Arabic Placement Test (APT). Pada hari ketiga, kami telah dibawa ke kampus tetap kami di Bandar Putra Nilai, Negeri Sembilan. Aku mula menanam azam untuk mencapai keputusan yang cemerlang di sini sekaligus memberikan aku peluang untuk menyambung degree di UIAM Gombak.


Keesokan harinya, aku telah mendapat satu lagi kejutan apabila aku telah dimaklumkan oleh salah seorang guru sekolah menengahku bahawa aku perlu pulang ke Pulau Pinang untuk menerima Anugerah Matapelajaran Terbaik SPM Sekolah-sekolah Menengah Aliran Agama Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi matapelajaran English for Science and Technologies (EST). Seronoknya hati hanya Allah saja yang tahu. Lantas aku segera melakukan sujud syukur dan terus pulang ke Pulau Pinang. Lantas kuterbayang wajah emak dan bapaku. Betapa seronoknya mereka setelah menanti bertahun-tahun untukku menerima anugerah akademik setelah yang terakhir kuterima semasa di darjah 5 pada tahun 2003.

Pada hari berikutnya 28 Oktober, dengan hati yang berdebar-debar aku pergi ke Institut Latihan Perindustrian Pulau Pinang ditemani oleh emakku dan adik perempuanku. Aku telah menerima anugerah pencapaian terbaik bagi subjek EST peringkat negeri Pulau Pinang. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Setelah menerima anugerah tersebut, aku telah ditemuramah oleh wartawan dan kemudian terus pulang ke rumah untuk bersiap-siap pulang ke UIAM.


Pada petangnya aku terus pulang ke UIAM dan berhasrat untuk mencapai pencapaian yang lebioh cemerlang di UIAM. Apabila pulang, aku sekali lagi dikhabarkan dengan berita gembira apabila aku telah mendapat keputusan level 6 yang merupalkan level tertinggi bagi English Placement Test (EPT) sekaligus menentukan tempoh asasiku selama setahun. Bangganya hati hanya tuhan sahaja yang tahu. Namun disebalik rasa gembira itu, terselit juga persoalan adakah aku mampu untuk mencapai kejayaan asasi dalam tempoh setahun sedangkan ramai kawan-kawanku yang mendaftar bersamaku perlu melakukan asasi selama setahun setengah dan juga dua tahun.

Namun, aku terfikir bahawa rahmat Allah tiada batasnya. Lihatlah berapa banyak rahmat yang telah Allah berikan dalam tempoh yang sekejap. Mula-mula aku mendapat tawaran ke UIAM setelah pening memikirkan halatujuku di masa hadapan. Dalam masa sehari, aku telah bergelar sebagai mahasiswa UIAM secara rasminya. 2 hari kemudian, mendapat anugerah yang amatku harap. Esoknya, mendapat keputusan yang cemerlang dalam EPT pula. Aku akhirnya memutuskan untuk belajar dan berusaha bersungguh-sungguh kerana usaha itu di tangan manusia. Natijahnya pula di tangan ALLAH.

1 comment: