Solat ialah tiang agama. Bayangkan sebuah rumah yang dibina tanpa tiang. Mampukah rumah tersebut dapat berdiri kukuh??? Begitulah pegangan hidup kita ini. Allah S.W.T telah mewajibkan solat sebanyak 5 waktu kepada setiap umat Islam. Pada zaman kini, solat semakin diabaikan. Bukan sahaja dikalangan remaja, bahkan juga dikalangan orang dewasa. Pelbagai alasan diberikan semata-mata untuk meninggalkan tuntutan ini. Bermacam-macam alasan yang diberikan seperti tak ada tempat bersih, pakaian kotor dan sebagainya. Ini sepatutnya tidak menjadi satu masalah kerana solat boleh ditunaikan di mana-mana kecuali di kuburan dan di tempat mandian. Hal ini sepertimana yang disabda oleh Rasulullah S.A.W. yg bermaksud:
"Semua tempat adalah masjid, kecuali kuburan dan tempat pemandian."
[Hadith diriwayatkan oleh Imam Ahmad]
Kita sendiri dapat melihat begitu ramai manusia yang sanggup beratur dari awal petang semata-mata untuk menghadiri konsert yang akan bermula pada pukul 10 malam. Namun berapa ramaikah yang sanggup untuk pergi ke tempat solat seawal waktu itu semata-mata untuk menunaikan tuntutan penciptaan mereka sebagai hamba Allah. Bukankah Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Adz-Zariyyat ayat 56 yang bermaksud
"tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk berubudiah kepadaku"
Oleh itu sedarlah wahai umat Islam semua bahawa di mana sahaja kita berada, solat wajiblah ditnaikan. Elakkanlah daripada memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah. Sesungguhnya Islam bukanlah satu cara hidup yang membebankan tetapi Islam itu begitu mudah sekali.
kuburan ke perjiratan?
ReplyDelete