.:: Kata-kata Hikmah ::.

Sunday, July 19, 2009

Mencari Identiti Sebenar Hiburan...


Membicarakan soal seni dalam islam, perihal konsep, tuntutan dan perlaksanaannya menjadi kerja yang semakin hari semakin sukar kerana masyarakat dan persekitaran yang ada sudah agak jauh dengan pemikiran, amalan, konsep dan amalan hiburan daripada yang dianjurkan oleh agama, atau hiburan yang disukai oleh Allah S.W.T. Apabila membicarakan soal hiburan, sering tergambar dan terpahat di pemikiran majoriti manusia adalah hiburan yang bersandarkan keinginan memenuhi nafsu, sekadar mahu berseronok, sekaligus merangsang aktiviti sampingan berunsurkan maksiat. Pendek kata, hiburan semasa yang ada melalaikan manusia daripada hakikat kejadian mereka.

::. Namun, bentuk hiburan inilah yang terus menjadi buruan dan pegangan masyarakat kini. Seni menurut Islam adalah sebuah ungkapan pelbagai citarasa, gagasan dan idea sebagai media komunikasi berunsur estetik, untuk menggugah citarasa duniawi dan kesedaran manusia dalam memahami secara benar pelbagai fenomena alam, kehidupan manusia dan keagungngan Rabbani berdasarkan aturan ilahi.dalam menilai sesuatu hasil seni itu, kriteria dan kaedah syarak diperlukan untuk membezakan dari kesenian berasaskan nafsu yang banyak mendasari hiburan kotemporari hari ini.Sewajarnya kesenian dan hiburan dilihat dari sudut yang bersih dan suci seperti asalnya, sepertimana Allah S.W.T. menjadikan kemerduan suara unggas dan burung, desiran aliran air meneruni alurnya, gemersikan angin di celah dedaun pohon dan pelbagai jenis bunyi yang boleh didengar akan sampai ke telinga kita.

::. Semua ini akan menimbulkan kesyahduan dan sumber ilham kepada jiwa manusia. Konklusinya, kita berpegang pada sesuatu yang asalnya baik, akan tetap baik sehinggalah ia diambil secara berlebihan dan menimbulkan kemudaratan hingga jatuh kepada haram. Disitulah garis pemisah antara kebaikan dan keburukan dalam seni dan hiburan. Ini membuktikan, Islam tidak menghalang manusia untuk menceburkan diri dalam seni yang sebahagian besarnya kini telah dicorakkan oleh golongan yang tidak mengenal Allah.

No comments:

Post a Comment