.:: Kata-kata Hikmah ::.

Monday, May 19, 2008

FIRMAN Allah bermaksud:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran."
(Surah al-Asr, ayat 1-5)

Ulama menafsirkan ayat ini dengan memberi banyak pengertian untuk dirungkai dan dihayati bersama dalam melayari bahtera kehidupan yang serba mencabar ini.

Islam sentiasa memberi galakan agar seluruh umatnya memanfaatkan kehidupan di dunia dengan amal soleh, di samping iman teguh sebagai bekalan untuk menempuh alam akhirat. Islam memberi jaminan kepada umatnya bahawa kebahagiaan hidup di dunia dan mengecapi kebahagiaan di akhirat akan diperoleh sekiranya umat Islam membuat kebaikan.

Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka akan pahala mereka dengan balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 97)

Kebaikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran tertinggi di sisi Allah dan mendapat penghargaan daripada manusia dan makhluk seluruhnya. Ajaran Islam yang terkandung pelbagai hikmah dan pengajaran sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada umat Islam untuk berbuat kebaikan. Hal ini kerana kebaikan yang dilakukan adalah faedah bukan saja untuk dirinya, malah semua orang dan masyarakat.

Firman Allah bermaksud: “Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Surah al-Isra', ayat 7).

Manusia yang dilingkari kebaikan, hidupnya akan beroleh kerahmatan dan keberkatan. Mereka juga akan mendapat kebahagiaan dalam setiap perjalanan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Justeru, galakan meningkatkan amalan soleh bukan hanya sebagai perintah yang perlu dipatuhi, malah jalan untuk manusia mengangkat martabat di sisi Allah.
Galakan berbuat kebaikan adalah pengajaran berguna bagi umat Islam dan ganjaran besar menantinya di akhirat. Firman Allah bermaksud : "Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya, Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana kamu berada, maka bagi Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Maidah, ayat 48)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Daripada Ibn Abbas daripada Rasulullah menurut apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya, katanya : Sesungguhnya Allah telah menetapkan segala kebaikan dan segala kejahatan. Kemudian Dia terangkan yang demikian itu, maka sesiapa yang bercita-cita dengan kebaikan, kemudian dia tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya (kebaikan itu), kemudian dia mengerjakannya, Allah tuliskan kebaikan itu (sebagai balasan) di sisinya sebanyak 10 kebaikan hingga 700 kali ganda hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika dia bercita-cita dengan satu kejahatan kemudian tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya, lalu mengerjakannya, Allah tuliskan kejahatan itu dengan balasan satu kejahatan saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis itu menggambarkan betapa Maha Pemurah-Nya Allah terhadap hamba-Nya yang melakukan kebaikan sekalipun dengan hanya bercita-cita atau sekadar niat melakukan kebaikan itu. Namun, ganjaran tetap diberikan. Rahmat Allah terhadap hamba-Nya di dunia amat luas.

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis lain bermaksud: "Daripada Ibn Umar, katanya: Rasulullah memegang bahuku, lalu Baginda bersabda: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau adalah orang yang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Ibn Umar berkata: Jika engkau berada pada waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi, dan apabila engkau berada pada waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu waktu petang. Dan gunakanlah masa sihat engkau untuk masa sakit dan masa hidup untuk masa mati engkau." (Hadis riwayat Bukhari).

Keinginan mengecapi kebahagiaan hidup yang lebih sejahtera di dunia dan kehidupan abadi di akhirat adalah keinginan yang perlu kepada pengisian kehidupan berlandaskan kepada syariat Islam. Hakikat menunjukkan bahawa dunia ini tempat untuk beramal bagi sekian waktu yang ditetapkan bagi seseorang. Ia bukanlah tempat untuk bersenang lenang semata-mata tanpa menghiraukan hari perhitungan kelak.

Kehidupan di dunia diibaratkan sebagai seorang yang berdagang. Sebagai seorang pedagang, tentulah merindui kampung halaman. Kerinduan itu, tiada ertinya sekiranya sekembalinya ke kampung halaman tiada apa-apa bekalan yang dibawanya. Waktu di dunia sungguh singkat dan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk beramal dan melakukan pekerjaan berguna. Ia untuk faedah hidup di dunia dan kesenangan pada hari akhirat.

Imam Al-Ghazali dalam tulisannya ada menyatakan: "Sesungguhnya badan anak Adam diibaratkan seperti jala untuk mengusahakan amal-amal yang baik, apabila dia berjaya dalam tugasnya di dunia ini kemudian mati, maka sudah mencukupi bagi dirinya, tidak memerlukan kepada jala itu lagi, iaitu badan yang dipisahkan oleh kematian. Kematian akan melenyapkan keinginan kepada dunia, apa yang diinginkan adalah amal salih untuk menjadi bekalan kuburnya. Jika bekalan itu berada di sampingnya, terasalah kekayaannya. Sebaliknya, jika ia tidak mempunyainya, malang baginya dan dia akan minta untuk kembali ke dunia untuk mendapatkan balik bekalannya."

Penciptaan manusia menerusi proses perjanjian dengan Allah untuk memikul tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dengan sebaiknya kerana ia adalah amanah paling besar diberi kepada makhluk yang bernama manusia.

Keadaan orang yang berbakti iaitu mereka yang beriman dengan hati dan beramal soleh dengan jasad adalah makhluk terbaik. Mereka melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Kedudukan mereka yang bertakwa di sisi Allah di akhirat nanti akan ditempatkan di kalangan nabi, siddiqin, syuhada' dan solihin. Hal ini seperti firman-Nya bermaksud: "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi dan orang yang siddiqin (amat benar dalam imannya) dan orang yang syahid serta orang yang soleh. Dan amat eloklah mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat)." (Surah an-Nisa', ayat 69).

Friday, November 30, 2007

.:: Solat Tiang Agama ::.

Solat ialah tiang agama. Bayangkan sebuah rumah yang dibina tanpa tiang. Mampukah rumah tersebut dapat berdiri kukuh??? Begitulah pegangan hidup kita ini. Allah S.W.T telah mewajibkan solat sebanyak 5 waktu kepada setiap umat Islam. Pada zaman kini, solat semakin diabaikan. Bukan sahaja dikalangan remaja, bahkan juga dikalangan orang dewasa. Pelbagai alasan diberikan semata-mata untuk meninggalkan tuntutan ini. Bermacam-macam alasan yang diberikan seperti tak ada tempat bersih, pakaian kotor dan sebagainya. Ini sepatutnya tidak menjadi satu masalah kerana solat boleh ditunaikan di mana-mana kecuali di kuburan dan di tempat mandian. Hal ini sepertimana yang disabda oleh Rasulullah S.A.W. yg bermaksud:

"Semua tempat adalah masjid, kecuali kuburan dan tempat pemandian."
[Hadith diriwayatkan oleh Imam Ahmad]

Kita sendiri dapat melihat begitu ramai manusia yang sanggup beratur dari awal petang semata-mata untuk menghadiri konsert yang akan bermula pada pukul 10 malam. Namun berapa ramaikah yang sanggup untuk pergi ke tempat solat seawal waktu itu semata-mata untuk menunaikan tuntutan penciptaan mereka sebagai hamba Allah. Bukankah Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Adz-Zariyyat ayat 56 yang bermaksud

"tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk berubudiah kepadaku"

Oleh itu sedarlah wahai umat Islam semua bahawa di mana sahaja kita berada, solat wajiblah ditnaikan. Elakkanlah daripada memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah. Sesungguhnya Islam bukanlah satu cara hidup yang membebankan tetapi Islam itu begitu mudah sekali.

Sunday, November 25, 2007

.:: We Have No Excuse ::.

"We Have No Excuse"

"We Have No Excuse" to forget our time with Allah no matter in any condition." Mereka yang hidup di dalam penderitaan, dalam bencana, dalam kekejaman zionis masih mempunyai ruang untuk menunjukkan rasa kesyukuran mereka diatas nikmat-nikmat yang Allah beri kepada mereka melalui solah meskipun mereka berada di dalam penderitaan yang teramat sangat... Namun bagaimanakah dengan diri kita yang telah diberikan kemewahan yang melebihi daripada yang secukupnya... Muhasabahlah diri kita, tepuk dada tanya iman
Disini saya sertakan sekali satu gambar atau poster dalam format PDF yang mnenunjukkan kepada kita bagaimana khusyuknya mereka disana sewaktu menunaikan solah meskipun bencana masih berada di sekeliling mereka...

Download We Have No Excuse.pdf

Monday, October 15, 2007

.:: Berhari Raya Perlu Ikut Adab ::.

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu. Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan.

Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.” Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran.

Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita. Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah.

Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.