.:: Kata-kata Hikmah ::.

Friday, August 3, 2007

.:: Hakikat Kehidupan ::.

Saban hari kita melihat masyarakat begitu sibuk dengan kehidupan mereka, bahkan mungkin termasuk kita. Kerja, belajar, mesyuarat dan lain-lain lagi. Hari-hari yang dilalui terasa padat. Kehidupnnya begitu sibuk, namun pernahkah kita terfikir sibuk kita itu mendapat nilai di sisi ALLAH atau hanya sekadar perjalanan hidup seperti manusia-manusia biasa?
Bahkan ada yang cuba menyibukkan perkara dunianya dengan perkara-perkara yang lansung tidak berfaedah. Pendek kata, tidak menyumbang pada Islam langsung— rempit, mencuri, pergaulan bebas, warnakan rambut, berlagak samseng, dan lain-lain. Lalu dunia menjadi pincang.
Sahabat yang dikasihi, Maka apakah ini hakikat kehidupan yang sebenarnya ? Atau selama ini kita hanya hidup dalam kepura-puraan ? Berpura-pura bahagia sedangkan kita sedang menyeksa diri sendiri untuk bertemu ALLAH S.W.T. Maka untuk mengetahui samada kita benar-benar hidup di bumi ini atau tidak, marilah kita memahami firman ALLAH S.W.T. tentang matlamat dan tujuan ALLAH menciptakan kita di alam ini.


“ Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami, maka maha suci ALLAH raja yang sebenarnya, tiada tuhan selain dia, tuhan yang memiliki arasy yang agung “
( Al-Mukminun : 115 - 116 )



Dan


“ Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-KU “
( Az-Zariyat : 56 )


Jelaslah dari firman ALLAH tersebut kita diciptakan atau matlamat penghidupan kita hanyalah untuk mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T. , bukan untuk bermain-main dengan api cinta dunia ini. Dan sesungguhnya konsep ibadat itu tersangatlah luas. Apa-apa yang kita lakukan selagi tidak melanggar syara’ dan kerana ALLAH S.W.T., maka itulah IBADAT.

Bukan sahaja rukun Islam, tetapi makan, mandi, berbual, bersukan dan perkara-perkara lain dalam kehidupan kita. Begitu indahnya ISLAM !!!
Maka apa yang dapat ana simpulkan, untuk mencapai hakikat kehidupan sebenar,kehidupan ini perlu diisi semaksima mungkin dengan ibadat dan disamping menghindarkan kejahilan dan kebathilan. Kembalikanlah segala urusan, masa kita tidak kira dalam keadaan susah, senang, kaya atau miskin hanyalah pada ALLAH. Jadikanlah ALLAH sebagai tempat kita bergantung harap, dan rasailah bahawa kita akan kembali kepada-NYA. Nescaya keika itu kita akan merasai hakikat kehidupan yang sebenar, kehidupan yang bahagia. Bahagia bersama Islam...

No comments:

Post a Comment