.:: Kata-kata Hikmah ::.

Thursday, March 29, 2007

.:: Masa dari perspektif Islam ::.

.:: Suhaimi, jom pi lepak kat Pacific…cuti-cuti ni nak buat apa lagi…nak study..PMR dah abih… Itulah atara kata-kata kawan setaman saya pada suatu pagi. Maklumlah PMR pun dah habis… bagi kebanyakan muda-mudi, cuti skolah merupakan satu peluang untuk keemasan untuk enjoy terutamanya bagi student-student yang bari habis menduduki peperiksaan. Sepatutnya masa free seperti ini perlu dijadikan satu peluang untuk beribadath di samping melakukan aktiviti-aktiviti lain yang berfaedah.

.:: Kita sepatutnya sedar betapa pentingnya masa sehinggakan Allah S.W.T. bersumpah demi masa dalam firmanNya dalam Surah Al-Asr ayat 1 hingga 5 yang bermaksud :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran ” ( Al-Asr : ayat 1-5 )

Dalam ayat diatas, Allah S.W.T sudah mengingatkan kita bahawa manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian sekiranya mereka tidak tahu untuk mentadbir masa mereka dengan sebaiknya.

.:: Pada masa ini kita dapat lihat di merata-rata tempat terdapat pelbagi ragam manusia yang tidak tahu untuk mentadbir masa dengan sebaiknya. Ramai muda mudi yang kelihatan melepak di tepi jalan sambil mengganggu orang yang lalu-lalang. Ada juga yang menggunakan masa free ini untuk bercakap benda-benda yang tidak berfaedah. Bahkan tak kurang juga yang membuang masa ini dengan bergaduh, memaki hamun, menabur fitnah, berkhayal dan pelbagi lagi. Bukankah Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian untuk mengabdikan diri kepadanya sepertimana yang telah disebut di dalam firmannya yang bermaksud :

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”

( Adz-Zariyyat : ayat 56 )

.:: Apabila ditanya samada nak berjaya ataupun tidak., ramai yang jawab nak namun adakah utuk berjaya, seseorang itu perlu bijak mentadbir masanya ? Ya! Sebenarnya kejayaan mempunyai kaitan yang rapat dengan pengurusan masa. Kita sebagai hamba Allah sepatutnya sedar bahawa Allah dah bagi 24 jam kepada kita semua. Tidak ada yang mendapat lebih daripada 24 jam sehari mahupun kurang daripada tempoh itu. Namun, kenapa masih terdapat manusia yang mendapat kejayaan lebih daripada orang lain? Di samping kurniaan dan rahmat daripada Allah S.W.T., seseorang itu perlulah mempunyai pandangan dan penilaian yang tepat terhadap makna ‘masa’ itu sendiri.

.:: Al-Quran sendiri telah mengajak kita agar mempunyai pandangan ataupun tasawwur yang jelas mengenai hakikat masa. Masa adalah satu tempoh ataupun waktu yang telah dimanahkan oleh Allah S.W.T. kepada semua manusia. Namun, ramai orang tidak tahu untuk menghargai masa? Adakah kerana masa itu adalah satu benda yang tidak boleh dilihat? Mungkinkah kita sudah terdidik untuk memberi respons kepada kepada benda yang boleh dilihat sahaja? Namun itulah hakikat ataupun sunnatullah yang terdapat pada setiap diri manusia.

.:: Manusia yang berjaya di dunia akan mengaitkan masa dengan benda yang boleh dilihat dan boleh memberi keuntungan seperti perniagaan dan kemewahan. Atas dasar itulah terbitnya kata-kata hikmat ‘masa itu emas’. Perkara seperti ini dapat menimbulkan kesedaran kepada manusia untuk menguruskan masa dengan sebaiknya.

.:: Namun lebih baik sekiranya manusia itu dapat mengaitkan masa dengan kewujudan nilai yang ghaib seperti pahal dan dosa, syurga dan neraka dan pelbagai lagi. Orang sebegini akan mendapat akan rasa bahawa masa yang Allah bagi kepadnya adalah satu modal percuma dan dia perlu menjadi seorang pelabur dan pentadbir masa yang abik dan berjaya bukan sahaja di dunia bahkan juga dia akhirat.

.:: Sekiranya manusia melakukan misi ini dengan baik, Allah akan bayar pelaburannya itu dengan syurga dan segala jenis kenikmatan yang ada di akhirat. Rasulullah adalah contoh seorang pengurus masa yang paling berjaya. Baginda membahgikan masa dengan berkesan : masa berniaga, masa bermuamalah dengan orang ramai, masa berdakwah, masa berjihad, masa bersama keluarga serta isteri-isterinya dan baginda juga turut mempunyai masa yang secukupnya untuk berkomunikasi dengan Allah secar khusus.

.:: Marilah kita uruskan masa hidup kita sebijak Rasulullah S.A.W. Malah di masa tidur pun, masa lenanya itu mempunyai nilai dan ganjaran disisi Allah S.W.T.. Tidak seperti kita yang sukar untuk merasai bahawa waktu tidur kita itu masih ada hubungan dengan Allah (HDA) yang juga merupakan salah satu kod untuk mendapat keredhaanya dan adakah masa lena kita itu dikira disisi Allah S.W.T. Sedangkan Rasulullah juga diberi tempoh masa yang sama seperti orang lain iaitu selama 24 jam sehari.

.:: Lihatlah jam yang terpampang di dinding rumah kita, di tangan kita bahkan di komputer kita sebagi satu peringatan bahawa ia juga akan merekodkan ‘detik akhir’ jawatan kita sebagai seorang pentadbir atau pengurus masa dan juga ‘detik akhir’ hidup kita sebagai hambaNya yang hina dan banyak melakukan dosa.

No comments:

Post a Comment